segalanya bermula dari rahim,, lahirlah ke dunia,, melihat senyuman si manja,, satu nikmat yang tidak terkata,,
Thursday, 5 April 2012
lagu,,lagu,,,
Lagu: Saya Teko Comel
Saya teko comel
Cantik dan menarik
Ini tangkai saya
Ini muncung saya
Bila rasa dahaga
Datang pada saya
Angkat saya dan tuangkannya
Song: I 'm a Little Teapot
I'm a little tea pot
Short and stout
Here is my handle
Here is my spout
When you see the tea cup
Hear me shout
Tip me over
Poor me out!
Saya teko comel
Cantik dan menarik
Ini tangkai saya
Ini muncung saya
Bila rasa dahaga
Datang pada saya
Angkat saya dan tuangkannya
Song: I 'm a Little Teapot
I'm a little tea pot
Short and stout
Here is my handle
Here is my spout
When you see the tea cup
Hear me shout
Tip me over
Poor me out!
cara-cara membuat pinggan kertas
Tema: Peralatan dalam rumah
Cara membuat pinggan kertas
Teknik: Paper Mache
Bahan-bahan yang digunakan:
1) Surat khabar
2) Air
3) Gam
4) Pinggan plastik
5) Berus lukisan.
Cara membuat pinggan kertas
Teknik: Paper Mache
Bahan-bahan yang digunakan:
1) Surat khabar
2) Air
3) Gam
4) Pinggan plastik
5) Berus lukisan.
Langkah-langkah membuatnya:
1) Sediakan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pinggan kertas seperti surat khabar, gam, pinggan plastik, berus lukisan dan air.
2)Koyakkan kertas surat khabar hingga menjadi cebisan-cebisan yang lebih kecil.
3)Redamkan cebisan kertas tadi di dalam air.
4)Tampal cebisan kertas pada pinggan plastik.
5)Jemurkan pinggan plastik yang ditampal tadi di luar kelas. Kemudian keluarkan kertas yang ditampal pada pinggan dengan berhati-hati.
6)Setelah kering, warnakan pinggan plastik yang ditampal dengan warna air.
7)Setelah siap, susun pinggan kertas di rak murid.
Tuesday, 3 April 2012
RANCANGAN MENGAJAR
Nama kelas : Tadika Riang Ria
Bilangan Murid : 25/25.
Umur : 5 Tahun.
Minggu/Hari : Minggu pertama, Isnin.
Tarikh : 3 Januari 2012.
Cadangan masa : 8.30 pagi- 9.30 pagi. ( 60 minit).
Tajuk/ Tema : Peralatan dalam rumah.
Tunjang utama ` : Tunjang komunikasi (bM).
Tunjang yang disepadukan : Tunjang perkembangan fizikal dan estetika ( kreativiti )
Standard pembelajaran utama:
(BM 4.2.7) menyalin ayat dengan cara yang betul
Standard pembelajaran yang disepadukan:
(KTI 1.2.12) Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan sebuah karya kreatif.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
- Menyalin semula ayat degan bahasa yang betul
- Mengitar semula bahan terpakai untuk menghasilkan sesuatu yang berguna
Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui beberapa jenis peralatan dalam rumah.
Penerapan nilai :
Menerapkan semangat inkuiri, kerjasama, yakin, berani, mendengar arahan, tekun.
Alat Bantu Mengajar : Replika rumah mainan, LCD, projektor,
KBKK : Menjana kemahiran berfikir dalam perkembangan kognitif.
RANCANGAN MENGAJAR
LANGKAH MASA | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN | |
AKTIVITI GURU | AKTIVITI MURID | ||
Set induksi ( 5 minit) | -Guru membawa masuk replika rumah mainan dan meletakkan ke atas meja. -Guru bertanya kepada murid apakah yang mereka lihat pada replika rumah tersebut. -Guru menjelaskan kepada pelajar mengenai tajuk pembelajaran hari ini ialah tentang peralatan dalam rumah. | -Murid tertanya-tanya apa yang dibawa oleh guru. -Murid menjawab soalan guru tentang apa yang mereka lihat. -Murid mendengar dengan penuh perhatian penerangan yang guru berikan. | ABM: replika rumah mainan. Objektif: - Nilai : Menerapkan semangat untuk belajar. |
Langkah 1 ( 10 minit) | -Guru menayangkan slaid peralatan di dalam rumah kepada murid. -Guru membuat ayat yang berkaitan dengan rumah dan meminta murid menyalin semula ayat yang disebut. -Guru memanggil nama murid dan meminta mereka membaca semula ayat yang mereka tulis. | -Murid melihat slaid yang ditayangkan oleh guru. - Murid mendengar dan menyalin ayat yang disebut oleh guru. -Murid yang dipanggil namanya membaca ayat yang mereka tulis. | ABM: slaid peralatan di dalam rumah. Objektif : i Nilai : Kepekaan kemahiran mendengar |
Langkah 2 ( 25 minit) | -guru menyatakan kepada murid yang mereka akan membuat peralatan di dalam rumah dengan sendiri contohnya pinggan dan cawan. -guru meminta murid mengambil bahan-bahan yang diperlukan di hadapan kelas. -guru menunjukkan cara-cara membuat pinggan dan cawan kepada murid. -guru memantau dan menunjuk ajar mereka yang tidak faham. | -murid berasa gembira yang mereka akan membuat peralatan di dalam rumah dengan sendiri. -murid mengambil bahan-bahan yang diperlukan di hadapan kelas. -murid melihat guru menunjukkan cara-cara membuat pinggan dan cawan. -murid bertanya kepada guru apa yang mereka tidah faham. -murid membawa hasil kerja mereka ke luar kelas untuk dijemur. | ABM: surat khabar, gam, berus lukisan, pinggan, air. Objektif : ii. Nilai: bekerjasama KBKK: |
Langkah 3 ( 5 minit) | -guru membuka video lagu saya teko comel dan mengajar murid menyanyi dan menari. -guru meminta murid menyanyikan sekali lagi lagu beserta menari. | -murid mendengar lagu yang dibuka oleh guru | ABM: LCD, projektor, komputer riba, pembesar suara Objektif: - Nilai : mendengar arahan KBKK: fokus |
Langkah 4 ( 10 minit) | -guru memberi lembaran kerja kepada murid dan meminta mereka menyiapkan sementara menunggu hasil kerja mereka kering. -setelah siap, guru membawa murid mengambil hasil kerja mereka dan menyimpan di ruangan kreatif. | -murid menyiaplan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. | ABM: lembaran kerja Objektif :- Nilai: mendengar arahan, disiplin,rajin KBKK: |
Penutup ( 5 minit) | -guru bertanya murid adakah mereka seronok dengan pembelajaran pada hari ini. -guru bertanya tentang ayat yang mereka belajar sebelum pulang. | -murid menyatakan yang mereka serook dengan pembelajaran pada hati ini. -murid mengingat kembali ayat yang mereka belajar sebelum pulang. | ABM:- Objektif : - Nilai: bersemangat KBKK: |
Impak : seramai 25/25 orang murid mencapai objektif pada hari ini. Ini kerana penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan sangat menarik minat mereka untuk menumpukan perhatian pada pembelajaran. Selain itu penggunaan slaid yang berwarna-warni serta aktiviti yang dijalankan sangat menarik dan membantu murid lebih memahami apa yang diajar oleh guru. Pendekatan seperti ini perlu dilaksanakan supaya murid menunjukkan lebih minat kepada pembelajaran di dalam kelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)