Tuesday, 3 April 2012

RANCANGAN MENGAJAR



Nama kelas : Tadika Riang Ria
Bilangan Murid : 25/25.
Umur : 5 Tahun.
Minggu/Hari : Minggu pertama, Isnin.
Tarikh : 3 Januari 2012.
Cadangan masa : 8.30 pagi- 9.30 pagi. ( 60 minit).
Tajuk/ Tema : Peralatan dalam rumah.
Tunjang utama ` : Tunjang komunikasi (bM).
Tunjang yang disepadukan : Tunjang perkembangan fizikal dan estetika ( kreativiti )
Standard pembelajaran utama:
(BM 4.2.7) menyalin ayat dengan cara yang betul
Standard pembelajaran yang disepadukan:
(KTI 1.2.12) Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan sebuah karya kreatif.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
  1. Menyalin semula ayat degan bahasa yang betul
  2. Mengitar semula bahan terpakai untuk menghasilkan sesuatu yang berguna

Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui beberapa jenis peralatan dalam rumah.
Penerapan nilai :
Menerapkan semangat inkuiri, kerjasama, yakin, berani, mendengar arahan, tekun.
Alat Bantu Mengajar : Replika rumah mainan, LCD, projektor,
KBKK : Menjana kemahiran berfikir dalam perkembangan kognitif.






RANCANGAN MENGAJAR




LANGKAH MASA


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



CATATAN

AKTIVITI GURU


AKTIVITI MURID
Set induksi
( 5 minit)

-Guru membawa masuk replika rumah mainan dan meletakkan ke atas meja.

-Guru bertanya kepada
murid apakah yang mereka lihat pada replika rumah tersebut.

-Guru menjelaskan kepada pelajar
mengenai tajuk
pembelajaran hari ini
ialah tentang peralatan
dalam rumah.


-Murid tertanya-tanya apa yang dibawa oleh guru.


-Murid menjawab
soalan guru tentang apa yang mereka lihat.


-Murid mendengar
dengan penuh perhatian penerangan yang guru
berikan.

ABM: replika rumah mainan.
Objektif: -

Nilai :
Menerapkan semangat untuk belajar.

KBKK:

Langkah 1
( 10 minit)

-Guru menayangkan slaid peralatan di dalam rumah kepada murid.

-Guru membuat ayat yang berkaitan dengan rumah dan meminta murid menyalin semula ayat yang disebut.

-Guru memanggil nama
murid dan meminta mereka membaca semula ayat yang mereka tulis.

-Murid melihat slaid yang ditayangkan oleh guru.


- Murid mendengar dan menyalin ayat yang disebut oleh guru.


-Murid yang dipanggil
namanya membaca ayat yang mereka tulis.

ABM: slaid peralatan di dalam rumah.

Objektif : i

Nilai :
Kepekaan kemahiran mendengar

KBKK:-

Langkah 2
( 25 minit)

-guru menyatakan kepada murid yang mereka akan membuat peralatan di dalam rumah dengan sendiri contohnya pinggan dan cawan.

-guru meminta murid mengambil bahan-bahan yang diperlukan di hadapan kelas.

-guru menunjukkan cara-cara membuat pinggan dan cawan kepada murid.

-guru memantau dan menunjuk ajar mereka yang tidak faham.

-setelah siap, guru meminta murid membawa hasil kerja mereka untuk dijemur di luar kelas.

-murid berasa gembira yang mereka akan membuat peralatan di dalam rumah dengan sendiri.



-murid mengambil bahan-bahan yang diperlukan di hadapan kelas.


-murid melihat guru menunjukkan cara-cara membuat pinggan dan cawan.

-murid bertanya kepada guru apa yang mereka tidah faham.


-murid membawa hasil kerja mereka ke luar kelas untuk dijemur.




ABM: surat khabar, gam, berus lukisan, pinggan, air.

Objektif :
ii.
Nilai:
bekerjasama
KBKK:






Langkah 3
( 5 minit)


-guru membuka video lagu saya teko comel dan mengajar murid menyanyi dan menari.

-guru meminta murid menyanyikan sekali lagi lagu beserta menari.


-murid mendengar lagu yang dibuka oleh guru



-murid menyanyi sekali lagi mengikut lagu sambil menari.


ABM:
LCD, projektor, komputer riba, pembesar suara
Objektif:
-
Nilai :
mendengar arahan
KBKK: fokus




Langkah 4
( 10 minit)

-guru memberi lembaran kerja kepada murid dan meminta mereka menyiapkan sementara menunggu hasil kerja mereka kering.

-setelah siap, guru membawa murid mengambil hasil kerja mereka dan menyimpan di ruangan kreatif.

-murid menyiaplan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.



-murid mengambil hasil kerja mereka yang dijemur dan menyimpan di ruang kreatif.
ABM: lembaran kerja

Objektif :-

Nilai:
mendengar arahan, disiplin,rajin
KBKK:

Penutup ( 5 minit)

-guru bertanya murid adakah mereka seronok dengan pembelajaran pada hari ini.

-guru bertanya tentang ayat yang mereka belajar sebelum pulang.

-murid menyatakan yang mereka serook dengan pembelajaran pada hati ini.

-murid mengingat kembali ayat yang mereka belajar sebelum pulang.

ABM:-

Objektif :
-
Nilai: bersemangat

KBKK:


Impak : seramai 25/25 orang murid mencapai objektif pada hari ini. Ini kerana penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan sangat menarik minat mereka untuk menumpukan perhatian pada pembelajaran. Selain itu penggunaan slaid yang berwarna-warni serta aktiviti yang dijalankan sangat menarik dan membantu murid lebih memahami apa yang diajar oleh guru. Pendekatan seperti ini perlu dilaksanakan supaya murid menunjukkan lebih minat kepada pembelajaran di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment